Menukar sistem koordinat menggunakan ArcGIS

Bila dapat shp files dari client dalam sistem koordinat kertau, mesti pening kepala. Mananya tidak, saya adalah pengguna QGIS dan function “on the fly” CRS transformation dalam QGIS sangat tidak membantu, berbanding function yang sama dalam ArcGIS. That why, ArcGIS sangat disukai oleh ramai orang sebab lebih muda berbanding QGIS. Tetapi, since ArcGIS perlu dibeli dan license sangat mahal, ini menyebabkan saya lebih suka menggunakan QGIS.

Berbalik kepada masalah saya, saya perlu ubah sistem koordinate kertau kepada WSG84, since default sistem QGIS adalah WSG84. Tambahan, kalau import files dari Google Earth, WSG84 akan digunakan. Dengan basic knowledge dlm QGIS dan ArcGIS yang sangat shallow, google lah cikgu saya. Saya terjumpa satu link orang Melayu yang ajar step by step macam mana hendak tukar. Saya repost balik post dia disini untuk rujukan saya dan pembaca disini.

Post beliau seperti berikut:


Di sini saya akan tunjukkan cara-cara menukar sistem koordinat tu menggunakan ArcMap. Contoh yang akan saya berikan ialah menukar data dari RSO ke WGS84.

1. Pastikan sistem koordinat sumber data

Mula-mula anda perlu pastikan apakah sistem koordinat yang digunakan oleh data yang ingin anda tukarkan sistem koordinat tu. Contohnya katalah saya ingin menukar data mukim saya ke WGS84. Saya perlu pastikan apakah sistem koordinat yg digunakan oleh mukim tu. Katakan saya tahu data mukim tu adalah data RSO,.. saya perlu pastikan pada ruangan XY Coordinate data tu tertera Kertau_RSO_Malaya_Meters dan bukannya Unknown.

Sekiranya nilai yang dipapar adalah Unknown, anda perlu define dahulu sistem koordinat pada data tu sebelum proceed langkah seterusnya. Contoh, kalau data mukim saya tu adalah data RSO, saya perlu define dahulu data tu sebagai RSO. Proses ni anda perlu buat dalam ArcCatalog ataupun Catalog Window.

Klik butang Select.. untuk define sistem koordinat sumber data
2. Set sistem koordinat untuk Data Frame.

Kemudian setkan sistem koordinat Data Frame mengikut sistem koordinat apa yang anda hendak convert. Macam contoh saya ni, saya nak convert mukim tu dari RSO ke WGS84, jadi sistem koordinat Data Frame tu saya perlu set dahulu sebagai WGS84.

3. Pastikan adakah terdapat perbezaan datum antara sistem koordinat.

Step ni agak penting juga untuk pastikan ketepatan data yang akan anda hasilkan nanti. Anda perlu tahu apakah datum yang digunakan antara sistem koordinat yang terlibat. Contohnya data mukim saya adalah RSO. RSO untuk Semenanjung menggunakan datum Kertau. WGS84 pula menggunakan datum WGS84…. bermaksud kedua-dua sistem koordinat menggunakan datum yang berbeza.

Sekiranya terdapat perbezaan datum, proses Datum Transformation perlu dilakukan. Mudah saja, klik saja butang Transformation pada dialog Data Frame Properties dan setkan transformation seperti gambar kat bawah ni.

4. Export data menjadi layer baru.

Kemudian export saja sumber data tu menjadi layer baru. Tapi jangan lupa, pastikan anda pilih option Use the same coordinate system as : the data frame. Kalau tak pilih option tu, nanti data yang dihasilkan tetap tak berubah, masih lagi sistem koordinat yang asal. Dalam contoh di bawah ni, data mukim tu saya convert menjadi shapefile dan saya namakan sebagai MukimWGS.shp.

OK …selesai sudah proses. Data mukim saya telahpun diconvert daripada RSO menjadi WGS. Secara ringkasnya, anda bolehlah rujuk gambarajah bawah ni untuk step-step yang telah saya huraikan tadi.

Kredit:www.sukagis.com