Penghantaran Tesis Sarjana oleh En Zahran

Akhirnya, setelah 3 tahun pengajian, akhirnya siap juga tesis sarjana (master) oleh En Zahran. Ini pengalaman pertama mempunyai pelajar postgraduate dibawah seliaan dan banyak perkara yang saya sendiri belajar sepanjang menyelia En Zahran. Tesis ini juga hasil daripada geran penyelidikan FRGS saya pada tahun 2019, dan sudah tamat dalam tahun ini (2022). Sekarang, masih menunggu hasil laporan dan maklumbalas daripada KPT mengenai pelaporan akhir FRGS tersebut.

En Zahran bermula daripada pelajar FYP saya pada sidang akademik 2018/2019. Ketika itu, beliau berjaya menyiapkan laporan FYP dengan sangat jayanya dengan tajuk “Climate chane impact on precipitation over Northern of Peninsular Malaysia using Artificial Neural Network”. Kebetulan, diakhir pengajian beliau, saya telah menerima geran penyelidikan FRGS yang berkaitan dengan perubahan iklim, saya secara peribadi menjemput beliau untuk menyambung pengajian dibawah saya di peringkat sarjana. Terdapat beberapa lagi calon lain yang menhantar resume dan hubungi saya untuk menyambung pengajian dibawah geran FRGS tersebut, namun rekod baik beliau sepanjang menjalankan aktiviti FYP membuatkan saya mengambil beliau sebagai pelajar sarjana. Beliau juga dilantik sebagai Grant Research Assistance (GRA) dan diberi elaun bulanan daripada geran penyelidikan tersebut.

Disebabkan isu-isu tertentu yang melibatkan teknikal dan peribadi, beliau dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh 3 tahun, lebih daripada jangkaan saya iaitu dalam tempoh 2 tahun. Walaupun daripada mula pengajian, saya memberi harapan yang tinggi kepada beliau untuk GOT 2 tahun dan dapat menulis kertas jurnal yg diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi. Namun, jika pelajar dapat menghabiskan pengajian dan berjaya menghantar tesis, itu sudah memadai. Seperti penyelia saya berkata, tak semua orang pandai menulis. Kita tidak boleh paksa jika pelajar sendiri tidak berminat untuk menulis.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah pada En Zahran. Semoga beliau tidak serik untuk menjalankan kajian dan menyambung pengajian ke peringkat tertinggi lagi. Semoga semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *