Perletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Rancangan

Alhamdulillah, dengan rezeki Allah SWT, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Rancangan pada 1 September 2022, bagi Program Kejuruteraan Awam di Jabatan Awam, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), UniMAP. Saya amat bersyukur dengan kepercayaan dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh dekan FKTA, iaitu Prof Madya Ts Dr. Zulzikrami.

Lawatan EAC2023

Kepercayaan ini dibalas dengan kualiti kerja yang baik, seterusnya bersama-sama membangunkan program Kejuruteraan Awam keperingkat yang terbaik. Dibawah saya, program menerima lawatan EAC bagi New Cycle Acreditation yang berlangsung pada 4-5 Julai 2023. Alhamdulillah, semua proses berjalan lancar daripada sesi penulisan laporan SAR sehingga tamatnya lawatan akreditasi.

Disamping itu, perubahan kurikulum struktur bagi Program Kejuruteraan Awam telah dibuat ketika dibawah saya, dimana kurikulum struktur baharu ini akan efektif bermula pada sidang akademik 2023/2024. Perubahan yang dibuat dengan menjumutkan satu kursus universiti, iaitu Kursus SMU32302 Thinking Skill, serta menukar slibus dan kod bagi dua kursus iaitu Computer Programming serta Statics & Dynamics. Perubahan kursus ini menyebabkan jumlah jam kredit berubah daripada 137 jam ke 135 jam kredit.

Saya turut juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan daripada Pemeriksa Luar (EE), iaitu Prof Ir. Dr. Marlinda serta Panel Penasihat Industri (IAP), dimana kedua-dua lawatan amat penting bagi melancarkan proses OBE program sepertimana dicatat dalam manual EAC.

Pada 31 Jul 2023, saya telah melepaskan jawatan Pengerusi Rancangan. Pelepasan ini dibuat bukan desakan sesiapa, namun dibuat setelah mengambil kira suasana pekerjaan yang memerlukan seseorang yang kualiti kerja yang bagus serta sikap sabar yang tinggi ketika berhadapan dengan sikap dan ragam pelajar serta staff. Oleh itu, tidak sampai sepenggal lantikan (setahun), saya melepaskan jawatan ini.


Banyak perkara yang belajar sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi Rancangan, terutama gaya kerja yang hebat daripada rakan-rakan exco yang lain, terutama Tuan Dekan. Moga, dengan pelepasan jawatan ini, posisi Pengerusi Rancangan ini dapat diisi dengan orang berkebolehan dan disukai oleh orang ramai. Amin.

Terima kasih!