Kenaikan Pangkat Sebagai Profesor Madya

Alhamdulillah, pada 1 April 2024, saya telah di promote dan naik pangkat sebagai Profesor Madya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Terkejut juga menerima berita ini, dan juga amat berbesar hati kerana kepayahan dan cabaran yang dihadapi sepanjang 8 tahun (2016-2024) berkhidmat di UniMAP, akhirnya diberi penghormatan dengan kenaikan pangkat ini. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan pencapaian ini, ini semua doa yang tidak putus daripada orang yang menyayangi saya, terutama isteri dan anak, dan orang-orang yang disekeliling saya yang sentiasa memberi dorangan dan panduan.

Kajian di Kawasan Tadahan Air yang Mengalir Masuk ke Empangan Timah-Tasoh, Perlis.

Ini projek pertama saya di negeri Perlis. Tahniah pada pelajar sarjana saya yang kedua, Aisyah Syafiqah yang berjaya menerbitkan dalam proceeding paper, https://iopscience.iop.org/…/1755-1315/1303/1/012029. Dalam paper ini, kita mengenalpasti lokasi sebenar kawasan tadahan bagi sungai-sungai yang mengalir masuk ke dalam empangan. Rasanya, kajian ini yang antara pertama dapat menghasilkan kawasan tadahan yang sebenar berbanding kajian yang lain yang hanya berfokus pada aliran sungai semata-mata tanpa mengambil kira tadahan yang sebenar. Akhirnya, pemodelan menggunakan HEC-HMS berjaya dibuat dengan kalibrasi dan validasi pada dua aliran sungai yang telah disukat oleh JPS. Model HEC-HMS ini bukan sahaja dapat simulasi kadar aliran air yang masuk ke dalam empangan, ianya juga dapat simulasi kadar aliran bagi setiap kawasan tadahan. InsyaAllah, nanti kami akan hasilkan satu penerbitan lain bagi melihat water yield bagi kawasan tadahan disini.
Dalam paper ke-2 yang diterbitkan dalam proceeding paper yang sama (https://iopscience.iop.org/…/1755-1315/1303/1/012030), Aisyah cuba melihat kesan pembangunan dan “deforestation” yang berlaku didalam kawasan tadahan. Walaupun begitu, parameter yang melibatkan penggunaan tanah (land use) tidak begitu sensitive. Kami ada membuat sensitive analysis, cuma pelaporan tidak diletak dalam paper ini. Mungkin, kami kena cari model lain seperti SWAT untuk melihat kesan pembangunan yang lebih baik berbanding dengan model yang sediaada kami guna ini, iaitu HEC-HMS.
Saya doakan semoga viva yang bakal dijangkakan pada bulan ramadan ini, berjaya dan Aisyah dapat pass dengan baik.

Perletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Rancangan

Alhamdulillah, dengan rezeki Allah SWT, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Rancangan pada 1 September 2022, bagi Program Kejuruteraan Awam di Jabatan Awam, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), UniMAP. Saya amat bersyukur dengan kepercayaan dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh dekan FKTA, iaitu Prof Madya Ts Dr. Zulzikrami.

Lawatan EAC2023

Kepercayaan ini dibalas dengan kualiti kerja yang baik, seterusnya bersama-sama membangunkan program Kejuruteraan Awam keperingkat yang terbaik. Dibawah saya, program menerima lawatan EAC bagi New Cycle Acreditation yang berlangsung pada 4-5 Julai 2023. Alhamdulillah, semua proses berjalan lancar daripada sesi penulisan laporan SAR sehingga tamatnya lawatan akreditasi.

Disamping itu, perubahan kurikulum struktur bagi Program Kejuruteraan Awam telah dibuat ketika dibawah saya, dimana kurikulum struktur baharu ini akan efektif bermula pada sidang akademik 2023/2024. Perubahan yang dibuat dengan menjumutkan satu kursus universiti, iaitu Kursus SMU32302 Thinking Skill, serta menukar slibus dan kod bagi dua kursus iaitu Computer Programming serta Statics & Dynamics. Perubahan kursus ini menyebabkan jumlah jam kredit berubah daripada 137 jam ke 135 jam kredit.

Saya turut juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan daripada Pemeriksa Luar (EE), iaitu Prof Ir. Dr. Marlinda serta Panel Penasihat Industri (IAP), dimana kedua-dua lawatan amat penting bagi melancarkan proses OBE program sepertimana dicatat dalam manual EAC.

Pada 31 Jul 2023, saya telah melepaskan jawatan Pengerusi Rancangan. Pelepasan ini dibuat bukan desakan sesiapa, namun dibuat setelah mengambil kira suasana pekerjaan yang memerlukan seseorang yang kualiti kerja yang bagus serta sikap sabar yang tinggi ketika berhadapan dengan sikap dan ragam pelajar serta staff. Oleh itu, tidak sampai sepenggal lantikan (setahun), saya melepaskan jawatan ini.


Banyak perkara yang belajar sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi Rancangan, terutama gaya kerja yang hebat daripada rakan-rakan exco yang lain, terutama Tuan Dekan. Moga, dengan pelepasan jawatan ini, posisi Pengerusi Rancangan ini dapat diisi dengan orang berkebolehan dan disukai oleh orang ramai. Amin.

Terima kasih!

Manuskrip diterima dalam PERTANIKA Journal of Science and Technology

Alhamdulillah, manuskrip yang bertajuk “Development of flood hazard index (FHI) of the Kelantan River catchment using geographic information system (GIS) based analytical hierarchy process (AHP)” diterima untuk diterbitkan dalam Pertanika Journal of Science and Technology. Walaupun journal ini diindex dalam scopus dan journal berbayar, saya tetap hantar disini bagi membolehkan manuskrip ini diterbitkan untuk bacaan semua. Tambahan, saya agak sibuk dengan kerja di fakulti, tiada masa untuk tambah baik untuk dihantar ke journal berimpak tinggi dan diindex di WOS.

Dalam manuskrip ini, saya pertama kalinya mencuba analisa AHP dalam membuat “decision making” dalam mengkelaskan kawasan lembangan Sungai Kelantan di Malaysia untuk risiko banjir. Beberapa “layer” dalam GIS seperti hujan tahuanan, keadaan tanah, kecerunan tanah dan sebagainya ditindih dan pemberat setiapnya dikira menggunakan AHP bagi menghasilkan peta “flood hazard index”. Dengan peta ini, kita dapat mengenalpasti kawasan mana yang berisiko tinggi untuk banjir dan sebaliknya. Hasil kajian ini sebenarnya boleh ditambahbaik lagi dengan “couple” dengan pemodelan hidrology, perubahan iklim, atau bancian masyarakat setempat, bagi menghasilkan peta risiko yang lebih komprehensif dan lebih jitu.

Terima kasih pada para penilai dan editor jurnal yang menilai manuskrip ini. Komen dan cadangan, diambil baik bagi memperbaiki lagi manuskrip ini.

Quick way of enabling/disabling touch screen on Windows Surface

Tutorial on how to enable and disable the touch screen on windows surface as follows.

______________

Touch Tray Toggle 64 Bit http://www.mediafire.com/download/wwjyvcpth07l5yc/Tray_Touch_Toggle_(64_bit).zip

Touch Tray Toggle 32 Bit http://www.mediafire.com/download/o72c4w9hh4hbdwd/Tray_Touch_Toggle_(32_bit).zip

When you launch the program it will guide you to identifying the touchscreen component, you input this information, and it will create a shortcut that sits in your system tray and allow you to toggle the touch screen on & off.

You can also set it WINDOWS to disable the touch screen when the pen is near in the OS. Under pen settings.

Source/Credit: https://www.reddit.com/r/Surface/comments/anem8l/quick_way_of_enablingdisabling_touch_screen/

Koresponden BERNAMA – Berani Menjalankan Pembangunan Mesra Alam

Terima kasih Koresponden BERNAMA untuk jemputan ini. Pertama kali bersiaran di media. Moga kandungan bermanfaat pada semua.

rogram: Koresponden BERNAMA
Hari & Tarikh: Isnin, 03 Januari 2021
Masa program (Live): 10.00pagi
Live: TV BERNAMA (Astro 502, Mytv 121) dan FB Live Bernama TV
Hos : Azura Mokhtar
Topik: Berani menjalankan pembangunan mesra alam
https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/504368564386860/

Site Visit & Measurement along Sg Kelantan

Differences between two scenarios at the same point, Pasar Besar Kuala Krai. The first picture and second pictures are during the normal and the 2014 Flood Event, respectively.

8th – 15th Sep 2021 (8 days), I go to Sg Kelantan for a site visit and measurement. With two units of the drone and 1 unit of Emlid Reach RS+ (GPS), I go to Sg Kelantan by my car from Perlis. The primary purpose of the visit is to look my own eye, on how the Sg. Kelantan looks like and measures the flood level during the 2014-major flood event. I will use the measurement data to verify the hydrodynamic modelling that I develop to simulate the flood events along with Sg. Kelantan.

Continue reading

Pencen Awal

Simpan sini untuk jadikan rujukan nanti. Saya tak bercadang untuk bekerja lama, mungkin pencen pada umur 55 tahun, insyaAllah, jika diberikan umur dan kesihatan yang baik.

—–

Sekiranya telah pilih untuk bersara wajib pada usia 60 tahun, boleh sahaja bersara pilihan seawal usia 40 tahun, dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun. Ketika bersara pada usia 40 tahun tu, akan layak menerima Ganjaran Perkhidmatan, Award Wang Tunai GCR dan Kad Pesara sahaja (semua faedah ini tidak dicukaikan pun).

Pencen bulanan layak terima bila? Soalan ni sangat lah popular.

Pencen bulanan akan layak terima mulai usia 55 tahun sekiranya tarikh lantikan adalah selepas 12 April 1991.

Bagi lantikan sebelum 12 April 1991, pencen bulanan boleh layak terima seawal 45 tahun dan seawal 50 tahun (mengikut klasifikasi tertentu). Pencen bulanan yang diterima seawal usia ini lah yang boleh dicukaikan. Boleh dicukaikan bermakna kena lah ‘declare’. Kena cukai atau tidak, LHDN akan tentukan.

Nak lagi faham, jom kita baca soalan berdasarkan situasi tertentu :

“Oh, begitu. Min, saya pilih dah nak bersara wajib pada usia 60 tahun. Lantikan saya SELEPAS tarikh 12 April 1991 dan saya ada beberapa soalan seperti berikut (Jawapan turut teman berikan) :
1. Saya nak bersara pada usia 53 tahun, berapa usia saya layak terima pencen bulanan ye?
Jawapan : Pada usia 55 tahun nanti barulah layak terima pencen bulanan. Kena tunggu sikitlah.
2. Kalau saya nak bersara pada usia 54 tahun pula bagaimana?
Jawapan : Sama, akan layak terima pencen bulanan pada usia 55 tahun juga. Kena tunggu setahun, baru boleh layak terima.
3. Kalau saya nak bersara pada usia 55 tahun, boleh ke?
Jawapan : Ya boleh, boleh sangat, tuan akan terus dapat pencen bulanan pada usia 55 tahun.
4. Hmm kalau saya nak bersara pada usia 56 tahun boleh ke?
Jawapan : Ya boleh, boleh tuan yang budiman, tuan akan mulai layak terima pencen bulanan pada usia 56 tahun. Terus dapat. Tanpa ragu.
5. Kalau saya nak bersara usia 60 tahun pula Minmin?
Jawapan : Hurm.. jap saya nak ambil wuduk, solat 2 rakaat. Bagi tenang sikit. Lepas tenang kang baru jawab.

Pertanyaan di atas kerap dikemukakan. Hampir setiap hari pasti akan ada. ‘No worry’, teman sentiasa dengan tenang akan berikan maklumbalas.

Sekian, terima kasih. Harap bermanfaat.

Yang OHSEM,
Admin
P/S : Teman doakan rakan seperjuangan barisan hadapan terus kuat. Didoakan kalian dan kita bersama sentiasa dalam perlindungan dan rahmat-Nya. Aaamiin “

Rujukan/ Sumber Asal: https://qrgo.page.link/yYZGp

18 Tips kepada pelajar MSc & PhD

Menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti sarjana (MSc) dan doktorat (PhD) bukan mudah dan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Ini kerana, pengajian seperti ini mempunyai cabaran tersendiri dan setiap calon, lain cabaran dan dugaannya. Sepanjang saya menyambung pengajian, saya pun mengalami masalah sendiri. Malah, ketika menjalani PhD, ibu bapa saya jatuh sakit, dimana ibu saya kena strok yang menyebabkan ibu saya kehilangan ingatan dan tidak lancar bercakap, serta bapa saya disimptom kanser tahap 4. Ketika itu, saya sendiri sudah mula ingin berhenti pengajian. Itu cerita dan dugaan saya, malah ada lagi ramai yang mempunyai jalan mereka tersendiri ketika menyambung pengajian.

Berikut adalah tips yang saya rasa sangat berguna pada sesiapa yang ingin atau sedang menyambung pengajian.